Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, 28 January 2008

My cutie Adam

Bath time is the happiest moment for him.
Pose with frenz... Sponge Bob, Koala & Tweety. Pooh, Barney, Pink Panther, Pampa etc... not in d picture!
"Ayah.... bila kite nak gi holiday!! Tak sabar nie...."
"Mana ibu nih?? Adam nak tido nie....."

Hmm... sajer takde keje. Gue byk masa hr nie.... market quite!! So... gue upload gambo terbaru Adam Nazrin. He's now 8 month plus.... dah buleh berdiri & ada sekali dua tur lepas tgn dah! (manyak eksyen ini budak kecik...). Laluan biasa die dari ruang tamu hingga ke dapur or favourite place... bilik air. Kalu die tau gue tgh mandi.... menjerit kat depan pintu tur suh bukak! Haaiiyaa... Oleh krn die dah 100% merangkak, gue pakaikan `knee guard' cam org main bola gitu... heh..heh.. aku takleh amik gambo coz knee-guard tur warnanya pink!! malu.... (gue dpt free ler...). Apa-apa pun...layaaannn...

Rumah-Ku Syurga-ku

Saja aku letak sorang model kat living hall nie.
Living hall. Aku ambik gambo dr sofa, so takde gambo sofa gue!
Katil anak dara gue. Kat bwh tu ada satu bed utk Aiman.
Yg nie nak tunjuk `boarder' yg gue beli kat JJ.
Bilik gue yang simple. Cantik tak boarder tur? heh..heh..
Sempena dengan Anniversary gue yg dah lepas tur, gue nak story pasal rumah gue-lah! Gue beli umah nie dr owner yg die sendiri tak penah dok.... (die buat sewa aje!). Sib baik umah nie still cantik and siap on 2001. Ms I deal nak beli tur tahun 2004 tapi byk masalah nak dptkn umah nie coz owner nie tak penah amik tahu pasal penyewa yg mmg ada yg tak byr. So, mcmX2 problem came-out hingga proses jual-beli makan masa 2 tahun. Alhamdulillah... tahun lepas EVERYTHING settled.
Rumah nie... gue & hubby cat sendiri dari ruang tamu hingga-lah ke bilik tidur. Bilik air pun hubby I cat gak! He..heh... that's why ms umah nie `hampir" tak jadi hak milik gue... frust giler aaahhh!!! At last... dah rezeki kami... Ini-lah Rumah-Ku Syurga-Ku.

Thursday, 24 January 2008

Al-Kisah 7 tahun lalu...




Saya nak mintak maap bebanyak coz ambik ms lama utk pose this entry. Sooooorryy... coz gue betuiX2 bz and alwiz use this pc for my job. So, gue nak citer sikit pasal tujuh tahun lalu...

Pada 20.01.2001 termeteri satu ikatan perkahwinan antara Nazri dengan Nurhaslaini. Majlis yang sederhana tetapi meriah bertempat di Indera Mahkota, Kuantan.... rumah parent gue ler! Nie... ada 2 keping gambar aje yg aku scan coz gue maleh nak buat bykX2! Itu pun... ada satu foto peberet gue dah rosak... sedih bangat!!

Al-kisahnya gue berkenalan tahun 1999... if not mistaken our first dating on 18.06.1999. Masih ku ingat LRT Putra baru 'launching' free one month travel and on the last day free tu gue balik umah Su ( I dok ngan mak cik gue kat Setiawangsa) untuk lunch. Ms nak balik ofis tur.. Lrt buat hal hingga gue masuk ofis kul 4 lebih. Sampai ofis, terus gue inform bos pasal tadi. Gue ingat die marah tapi dia gelak!! " I dah tersalah marah sorang guy kat sana tu... ingat die bawak lari u!". Hah?? terkejut badak gue.. apa tak-nya.. gue tak kenal pun guy tu cuma ada satu hari tu kawan gue ajak teman lunch...tup-tup ada guy tu sekali. So, petang tu gue terima pelawaannya utk minum petang bersama di Cozy Corner. Konon... utk bermaafan ler tapi dari situ kot... gue mengenali jejaka dr Kelate nih! Orangnya agak pendiam tetapi matang. Yg paling gue suka sekali ialah sifat SABAR-nya! Mungkin sebelum ini aku ego (sikit), degil (sikit gak) dan garang (yg nie byk sikit...) dia berjaya buat gue `cair' dan seterusnya bersetuju menjadi suri hidupnya dan telah mencecah 7 tahun. For my hubby... Terima kasih kerana membentuk-ku menjadi seorang isteri yang taat dan ibu yang baik untuk anak-anak. InsyaAllah, kita sama-sama menjaga hubungan ini agar ia sentiasa berkekalan hingga ke akhir hayat.

Fakta yang menarik dalam family gue ni ialah kami kawein sama kedudukan anak. Gue anak ke-2 bertemu jodoh ngan hubby yg ke-2 gak! My eldest sis ngan yg sulong (Abg Long) and adik perempuan gue no.4 pun ngan keempat (Zaidan). Cuma, adik laki gue yg no.3 tur bertemu jodoh ngan anak no.2 (Dilla) and my youngest bro.... belum sampai seru lagik! heh.. heh.. awak jgn gatalX2... hang masih belajar kat UKM tu.. ingat!!

Fakta yang agak menarik kat family gue la nie ialah No.3. Beza umur I ngan hubby 3 tahun (1972-1975). My eldest daughter Aisyah born on 2001, second Aiman on 2004 and youngest (takat nie ler...) Adam on 2007. Gap 3 years, right?? heh...heh... satu kebetulan aje. And kedudukan bulan kelahiran 3A dlm setahun oso gap 3 month each which is May, August & November. Remember!! that they all born at the same weight? Exactly.... 3.1 kg!!! Maha Suci Allah.

Monday, 14 January 2008

Maal Hijrah 1429

Assalamualaikum.... Salam Maal Hijrah untuk yang membaca blog nie. Sedar tak sedar berganjak setahun lagi usia kita di bumi Allah ini. Bersyukur kita kehadrat Ilahi kerana DIA masih memberi kita peluang untuk beramal dan beribadat serta memperbaiki mana-mana kelemahan kita selama ini. Eh! macam nak beri ceramah plak!! Sebenarnya... ingatan ini untuk diri saya juga yang alpa dengan dunia dan leka dengan keindahan yang sementara.

Bulan Januari nie... banyak 'event' yang gue kena ingat! 14th Birthday anak buah gue... Muhd Syaheed Zikry. On 22nd Birthday my sis Nadira yg ke.... (nanti die marah!) heh...heh...semakin berganjak usia tu, sedarX2-lah sikit.... and on 30th my youngest brother, Mohd Noor Harif. Lastly... the special day for me and husband OUR 7TH ANNIVERSARY on this January 20th. Teringat my eldest tanya... " Ibu, Anniversary tu aper...?" becoz yg die tahu cuma birthday date aje! So... gue cakap ler... "Hari yang paling istimewa untuk Ibu & Ayah dan lepas tu baru Aisyah, Aiman & Adam ada..." (boleh terima ker jwpn tur?). Tujuh tahun dulu... gue pilih date 20.01.2001 utk kami disatukan. Kireee... cun ler date tu, yek?? Ok-lah nak tanye hubby.. apa die nak bagi kat gue nih! Ntah-ntah die tak ingat pung....

Monday, 7 January 2008

First Day School at SK Wangsa Jaya




3 Januari 2008 merupakan `Hari Ini Dalam Sejarah' kerana my first child, Nuraisyah Irdina go to school. Yang gambar hari tu gimik aje coz nak bagi dia semangat pegi sekolah. Al-maklumlah... `set' baru ke sekolah kena try dulu! Macam kain kurung tu kena `alter' sikit coz die small size aje!! (mcm gue dulu... the smallest in class! heh..heh..).

Oleh kerana darjah 1 sesi petang, So gue & hubby fetch Aisyah from her nursery, Tadika Sufi. Gue amik half-day leave coz nak jimat leave utk 2008 punye! Sampai SK Wangsa Jaya, parents cuma dok tepi dewan ajer coz student std 1 & 2 penuhi dewan siap dgn `sepanduk kelas'.


Aisyah masuk kelas 2 for temporary untill her exam schedule on 28.01.08. One month for orientation and no need to bring text book. Sib baik coz gue tak leh nak imagine Aisyah will carry the heavy bag and have to panjat tingkat 3 utk sampai ke kelas.
Lepas sumer student masuk kelas, parents kena tunggu kat kantin aje.
So, gue & hubby went out for lunch and sempat singgah JJ Wangsa Maju (nearby). Jgn maree... ibu sempat beli sandal lagi!! kih..kih..

Gambar Aisyah masa berkumpul kat dewan. `Innocent Face' jer anak aku nih!! Satu kelas ngan die ada kawan dari Twinkle Tots...... Dhamirah Irdina (nama pun sama kat ujung tur!). Sorry, takde dlm gambo. Geng Bas Sekolah (ewaaahhh!!) cum geng satu Transit pun ada such as Hilman, Alif dan Akilah. Depa semua tur lain kelas ler....

Krriiiingg.... 3.35 lunch time for std 1 only. Eh! mana pulak anak dara gue nih?? Macam sama aje.... Dengan muka selamba je die dok sblh gue. (OK... very indepedent girl). Bila I tanya, "mana bekal?" I buat sardin roll and kek pisang (beli) spesel utk die sore nih!! jawabnyee.. "tertinggal kat kelas". Then biler I suruh die gi ambik, 5 minutes later.... "Ibu, tak jumpa cari kelas!!" Kah..kah... sian ler. Then, I ask her to que utk beli apa-apa yg patut. Karipap sebiji 30sen. She show the balance... 20 cents! "Okey.. pandai. Mana wallet?" Die geleng kepala. Astaghfirullah... cicir plak! Ms tur tuhan aje yg tahu perasaan aku. Grrrr... sib baik ada sorang ibu student pulangkan balik.

Aktiviti lepas lunch cuma kat dewan. Nyanyi lagu `Saya sayang diri sendiri' (ada ke patut?? sayang ibubapa ker... ok gak!), sebut nama cikgu kelas (depa tak ingat pun...) and 'exercise' ringan (takmo bagi ngantuk...). Gue & hubby keluar jalanX2 and 6pm fetch die kat school. Hopefully after this, she can manage and be strong. I selalu pesan kat die :

1) NEVER... NEVER talk to stranger!
2) Tunggu kereta kak ngah (panggilan utk Shaz) and hafal plat no keter wira tu.
3) Nak gi toilet, bagitau cikgu. Jangan TAHAN kot ter-lepas! ops....
4) Ingat no. hp ibu or Ayah! (masih dlm proses...)
5) Always walk with freinds.

InsyaAllah... Semoga Aisyah menjadi seorang anak yang solehah. Ibu selalu mendoakan kejayaanmu nak. I LOVE YOU!

Wednesday, 2 January 2008

HAPPY NEW YEAR

Selamat Tahun Baru untuk semua!! all blog reader atau... sapa-sapa yang 'tersinggah' kat gue punye corner nih! Semoga tahun ini akan membawa beribu-rbu or juta-juta KEBERKATAN pada diri sendiri mahupun famili.

Azam gue... Hmmm... er! nak 'concentrate' kat anak-anak gue... 3A! First A, dah masuk darjah satu means a new world for her! So, I kena focus on her environment, her behavior, her new friends and etc. Aisyah ni agak pendiam orangnya (perangai byk ikut ayah die), mudah ikut kawan dan malas nak fikir banyak-banyak! Tapi, setiap kerja atau tugasan yang diberi.. dia akan buat dgn berhati-hati. Slow and Steady! My Second A is a bit rough, suka aktiviti yang adventure (byk mcm gue nye habit), kelakar dan penyayang. Tetapi...perangai die kena selalu monitor coz kadangX2 dangerous!! "Amang nak jadi macam spiderman... nak terjun tingkap! Tak per... nanti Amang lekat kat dinding!!" Eeee... seram aku dengar! Nauzubillah.. My last A is Adam. He's too small.... still a baby. Kena tengok sokmo jer-lah... takut masuk mulut mende-mende yg tak sepatutnya! and... nak jaga KESIHATAN depa sumer.

Friday, 28 December 2007

Doa Iftitah by Aiman


This is my favourite video. Muhd Aiman Najmi recite the 'Iftitah Doa' which is he learned at Tadika Sufi. It's a wonderful thing for me at his age..... 3 years old!!! Hope u guys enjoy it!